Wednesday, December 21, 2016

Shampoo: SLS & SLES

Assalamualaikum dear readers.

Hari ni aku nak berkongsi satu aspek dalam pemilihan shampoo bagi yang mempunyai masalah KELEMUMUR tahap dewa.

!!!!PERHATIAN KEPADA MANUSIA YANG MEMPUNYAI KELEMUMUR BANYAK!!!!!

1st thing first, korang kena check betul betul jenis shampoo yang korang pakai sekarang. Anti dandruff ke tak? kalau anti dandruff pun cuba cek ingredients shampoo tersebut.

mesti korang dapat spot on 'Sodium Lauryl Sulphate' a.k.a SLS ataupun 'Sodium Laureth Sulphate' a.k.a SLES. Dua agen ni commonly used in detergent and various cleaning agent. What? Aku basuh kepala guna detergent???!haha. Jangan panik. benda ni memang widely used on shampoo as the 2nd main ingredient selepas water. Aku ulang MAIN INGREDIENT! So apa function dia SLS dengan SLES ni? Fyi, bahan ni diketahui efektif in removing dirts & oil. So yaa ianya efektif untuk itu TAPI!!! korang yang ada masalah kelemumur ni sebenarnya kena elakkan bahan bahan ni sebab ia boleh buat kulit kepala kering and secara tak langsung mempercepatkan tempoh kulit kepala bersalin kulit.

Dengar macam ular pulak bersalin kulit kan? tapi itu faktanya. kulit kepala orang yang ada banyak kelemumur ni salah satu sebabnya adalah kulit kepala tu cepat bersalin kulit. Normally kulit kepala ni bersalin kulit 28 hari sekali.

Ok berbalik pada bab SLS dengan SLES ni. kenapa la company shampoo suka sangat guna bahan ni sebagai bahan utama pulak tu? simple je jawapannya. Sebab murah and boleh hasilkan banyak buih. so korang tak payah seronok sangat main buih tu. buih banyak tak bermakna shampoo kita tu high quality. Sememangnya susah nak elak dari 2 bahan ni kalau kau pi watsons tu cuba cari lah shampoo yang natural ingredients & SLS SLES free. Aku tak check lagi sebab tercampakkat pedalaman yang tak ada kedai kedai ni.haha

SLS & SLES ni adik beradik sebenarnya. Dengar nama pun lebih kurang kan?

Nak ikutkan SLES ni lagi bahaya sebab commonly contaminated dengan carcinorgen yang akan menjadi by product dia. Carcinogen tu kan boleh menyebabkan cancer. Tapi SLES ni kurang irritant compared to SLS. How irony kann. As a conclusion, elakkan lah 2 bahan ni. Dah banyak produk yang SLS SLES free ni. Cuma mahal lah. And susah sikit nak cari.

Sebenarnya aku pun baru belajar pasal ni sebab.........ok dirahsiakan. terus terang aku bukan lah ahli kimia ataupun ambik jurusan kimia. tapi kita ni sebenarnya kalau eager nak tau, kita kena ambik tau, tak rugi pun menambah ilmu walaupun sikit supaya orang tak boleh pekunun ( tu loghat kedah tapi bahasa senangnya adalah kelentong) kita.

Kalau nak tahu lebih lagi bukak link bawah ni.

http://www.healthychild.org/easy-steps/skip-products-made-with-sles-and-sls-too/

Oh yaa! Korang boleh cuba tips kurangkan kelemumur secara tradisional guna bahan semulajadi. Boleh check it out kat link bawah ni.

http://www.panduanmalaysia.com/2013/02/punca-dan-petua-berkesan-hilangkan.html

See yaa!

2 comments:

  1. Very Nice Blog I Have Read Your Blog It Is Really Interesting And Useful.
    clipping path service

    ReplyDelete

  2. This is an awesome post.Really very informative and creative contents. These concept is a good way to enhance the knowledge.
    clipping path service

    ReplyDelete