Assalamualaikum..
Ok ni cerita fresh dari oven ni..haha
Tadi fida pergi tengok wayang kat Wangsa Walk.
Haa nak tau
cerita apa? Cerita ‘Suamiku Encik Perfect 10”..
So how was it?
Ok fida tak gemar cerita tu. Sebab cerita tipikal melayu
yang jadi kegemaran pengarah di luar sana untuk ambik satu novel then adaptasi
ke layar gergasi dan pelbagai layar lagi laa.
Cerita jenis kena rogol, mengandung anak luar nikah,
berzina, orang gaji kahwin dengan majikan sendiri, kahwin paksa, cerita hantu,
khurafat bagai.
Jadi... Ini ke gambaran melayu kita sekarang? Makin banyak
filem, drama, telemovie and sama waktu dengannya sekarang ni mengutamakan
cerita macam ni. Sebab apa laa? Sebab orang kita yang nak cerita macam ni? Maka
kita kena buat benda benda macam ni untuk tarik penonton dan penuhkan poket
orang industri bagai. Macam tu ke?
Hello? Kamu boleh je buat cerita lebih baik. Ahha sebab ni
la kita ni yang melayu asyik ketinggalan? Bukan mintak filem berteknikal
tinggi, robot bagai, teknologi berlambak semua. Cuma saya kempunan cerita yang
bermotivasi, yang menjadi adab orang melayu yang kebanyakannya Islam.
Kamu buat cerita tu kenapa tak fikir batas ye? Tak suruh
berpurdah bagai cuma mana boleh bukan muhrim tinggal sebilik. Allah! Dah jelas benda
tu salah..
Apa romantiknya bila kita tak halal kemudian nak romantik
bagai?
Makanya, orang industri seni di luar sana mahupun penulis
novel bagai.. Mohon berhenti buat cerita macam ni.
Kalau pergi dekat kedai buku pun, cuba pergi kat rak novel
melayu. Perghhh! 90% cerita cintaaaaaaaaa je.. berbulu mata ni tengok. Sebab tu
la fida suka Ramlee Awang Murshid je.haha
Satu soalan cepumas. Tak letih ke buat cerita cintaaaaaaaaa
je? Dah la semua tu tipikal macam fida tulis kat atas tu tadi. Bosan tahu tak??
Boleh dikatakan jalan cerita tu semua banyak wujud dalam
angan angan dan nak suruh pembaca berangan. Tak salah berangan sebab tak kena
bayar pun cuma hahaha.. perlu ke banyak sangat novel macam tu??? Tak membangun.
Kita tak boleh hidup dengan cinta manusia je. Mohon bangun dari mimpi yang
panjang semuanya.
Buatlah cerita macam mana nak menjadi insan berguna kepada
agama, bangsa dan negara. Itu lebih baik. Mungkin kamu semua duk berfikir
penerimaan orang kita terhadap cerita macam tu. Macam tak laku je cerita macam
tu. Awak semua mampu mengubahnya. Kamu boleh mempengaruh orang kita. Sebab kamu
semua suka sogokkan cerita melayu yang tak benar benar melambangkan melayu tu
lah yang membentuk melayu kita sekarang.
Tak malu ke? Tak sedar lagi ke?
Kalau lah kamu semua nampak apa besarnya impak cerita macam
tu..
Penat membebel maka.. Fida dah pun dapat apa yang fida
mengidam. Burger Byte!!haha
![]() |
Burger cheese beef.. sedappp! |
No comments:
Post a Comment