Wednesday, July 2, 2014

Fall in love with Allah first

Assalamualaikum.

Idea melimpah limpah bagaikan paip pecah.haha. Sementara banyak idea ni eloklah kita curahkannya di blog ini. Sebab once malas, goodbye la blog ni.

“Jika kita inginkan pasangan yang baik, kita harus berusaha menjadi yang terbaik dulu.”

Ayat ni bagi fida ramai yang salah interpret ataupun mengharimau buta je apply ayat tu. Korang nak jodoh yang baik, maka korang pun berusaha jadi yang terbaik. Perbuatan baik korang tu ada hidden meaning la kan. Sebab korang tak menetapkan keredhaan Allah sebagai objektif utama.


Baguslah korang nak jadi yang terbaik tapi, tajdid niat balik. Jangan sebab nak suami yang soleh & isteri yang solehah je eh. Hidup kita ni sebagai khalifah kat muka bumi Allah ni adalah untuk mencari keredhaanNya. Bukan semata-mata keseronokan & kesenangan kita sahaja.
Tak salah kita nak pasangan yang baik. Siapa nak yang jahat kan? Tetapi itu bukan tujuan hidup yang utama. Jodoh kita Allah dah tentukan. Dah tertulis di Luh Mahfuz pun.


Sekalipun kita tak ada jodoh atau tak bertemu jodoh seperti tertulis di Luh Mahfuz, kita masih ada Allah yang sentiasa dengan kita. Bagi fida, fida lebih sukakan macam tu. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment