Assalamualaikum..
rajin pulak la fida nak menaip kali ni..haha
so, apa tips fida jaga hati ataupun bahasa panjangnya, menghalang perasaan melampau sehingga berpanjangan dan berepisod.
1st of all, fida bukan woman of steel ataupun ada hati yang sado. Hati fida lembut bagaikan kek red velvet. Maka, fida harus meletakkan satu benteng dan self defense mechanism untuk memiliki hati yang tidak dipenuhi perasaan yang tidak pasti ataupun lagha. Tipu la jika fida tak admire kat sesiapa. Yes, I do.
caranya agak senang cuma tak adalah berkesan sangat. Tapi, kita patut ikhtiar, bukan?
makanya apabila fida minat seseorang (well, perasaan tu tak dijemput. Ianya hadir untuk menguji keimanan seseorang hamba itu), fida akan terus highlight cons about him.
ye, kita tak patut bring up kelemahan seseorang tapi hanya dengan cara tu, kita dapat menjaga hati ataupun menghalang perasaan berepisod tersebut.
kadang-kadang bukanlah kelemahan sangat tapi ada antara ciri dia yang tidak tersenarai dalam senarai lelaki idaman. lagi sekali saya tegaskan di sini yang ianya bukanlah benda yang baik cuma ini dibuat untuk kebaikan bersama serta memelihara hati.
perasaan takkan hilang macam tu je tapi kita cuba istighfar dan teguhkan iman kita.
perasaan seperti itu tidak ke mana dan jika dia jodoh kita, pasti bertemu juga. tetapi dalam masa sekarang ni, lupakanlah perasaan lagha itu.
fida cuba membina hati yang sado, hati yang keras, tak cepat cair. But I'm failed. so, I found out another cure for it. fida tak berjiwa keras tetapi pseudosado sahaja.
Hati berperisai.
No comments:
Post a Comment