Assalamualaikum..
Dah lama tak type post blog..
Fida kembali bersama cerita, panduan & pengalaman yang baru..
Apa yang setiap seorang dari kita akan buat bila ditinggalkan seseorang yang berbeza sex & darah daging & kita betul-betul sayang dia?
Fida ada 5 contoh perkara yang akan kita pilih bila dalam situasi ini & depends on pada diri kita juga..
Pilihan pertama-
Ramai yang buat pilihan ni..
Biarkan & lupakan dia..
Things happened... macam angin yang datang & pergi... bila sekali dah pergi, takkan patah balik..
So, sia-sia je mengejar & menunggu bayu yang sama come back again kan???
Lebih baik, tunggu bayu yang lain datang.. Hanya menunggu takdir membawa bayu yang lain & kita takkan mencari bayu itu..
Pilihan kedua-
Relakan & pendamkan isi hati kita...
Dia dah tak nak kita... Tak boleh nak paksa kan??
Ye.. Cuma kita yang tak boleh nak buang dia dari kotak orang kesayangan kita..
Kita akan mengambil masa.. Mungkin lama @ sekejap..
Depends pada kekuatan perasaan kita pada dia.
Dia takkan tahu yang walaupun dah sampai ke nafas yang terakhir, kita masih sayangkan dia..
Pilihan ketiga-
Biarkan & let’s find someone else..
Orang sekarang trend dia macam ni kan..
Untuk melupakan seseorang itu, dia cari yang lain..
Macam handphone dah rosak then, let’s buy a new one..
Macam mana ek hati orang ni?
Hakikatnya, itu bukan jalan penyelesaian yang baik..
Pilihan keempat-
Lepaskan & pantulkan..
Hesh! Mana boleh dia tinggalkan aku??
Revenge is eternal!
Aku akan buat dia terseksa & menyesal seumur hidup...=)
Balas dendam... ada orang yang terlampau tidak boleh menerima diri disakiti..
Dia akan menyakiti orang yang menyakiti dia sehingga orang yang menyakiti dia, disakiti sehingga sakit & tidak akan menyakiti dia lagi..
Pilihan kelima-
Extreme ni! Agresif pilihan kelima ni..
Kita akan kejar & kejar dia hingga dia berpaling kepada kita dengan apa cara sekali pun..
Menyakiti banyak hati asalkan dia bersama kita untuk selama-lamanya...
Tidak pedulikan perkara lain yang menghalang.. Merempuh sehingga kita mendapat kepuasan hati kita...
So.. pilihan kita, kita yang tentukan..
Baik buruk, kita yang tentukan..
Pilihan pertama adalah terbaik...
Pilihan kedua, tidak digalakkan walaupun penulis post ini memilih jalan itu... For the time being..=)
Pilihan ketiga, tak bagus..
Pilihan keempat & kelima sangatlah agresif.. Dinasihatkan jangan mencuba di rumah..
Berniat pun jangan..hehe
Sekadar tatapan & renungan kita...
Tepuk dada tanya iman..
Sebagai renungan...
Janganlah kita menyayangi seseorang lebih daripada orang itu menyayangi kita kerana itu akan menyakiti kita pada akhir babak...
No comments:
Post a Comment