Salam blog...
Yaa... i’m here to talk about...
‘KESEMPURNAAN DISALAHGUNA’
Semua umat islam tahu kan kita hidup di muka bumi ini sebagai khalifah...
Umat islam adalah bersaudara....
Maka, janganlah kita meruntuhkan institusi persaudaraan yang telah dikurniakan kepada kita...
Kita tidak sepatutnya menghakimi atau mengklasifikasikan saudara kita sebagai orang yang banyak kekhilafan...
Adakah kita sempurna???
Jawapannya ada pada iman kita semua...
Terserah nak mengatakan kita ini sempurna atau tidak..
Tapi renungkanlah bahawa Pencipta kita telah mencipta kita dengan sempurna...
Bukankah kita adalah ciptaan paling sempurna di muka bumi ini??
Adakah kelemahan kita menyebabkan kita tidak sempurna???
Kerana kelemahan itulah membuatkan kita sempurna sebagai hambaNya...
Allah ingin menguji kita dengan kesempurnaan yang dikurniakan..
Adakah kita sebagai hambaNya akan menggunakan kesempurnaan untuk mencipta sengketa???
Atau kesempurnaan ini akan jadi lebih sempurna jika kita saling menggunakan keimanan untuk bertindak???
Mengapa mesti kita menggunakan kejahatan untuk membalas sesuatu kejahatan???
Bukankah kita sama seperti orang yang jahat itu??
Seharusnya umat Islam bersatu padu seperti Zaman Pemerintahan Rasulullah S.A.W....
Bersama-sama memelihara kesucian Islam....
Bukannya bersama-sama mencipta sengketa sesama sendiri...
Meruntuhkan kesucian agama yang mulia...
Apakah kita mahu dipandang rendah oleh penganut agama lain??
Jawapannya bukan keluar dari mulut..
Tapi dari Iman kita...
Adakah kita melestarikan nikmat Allah??
Kita semuanya patut menggunakan akal & iman untuk berfikir..
Tapi ramai umat islam menggunakan emosi untuk mengekspresikan pendapat...
Semua mengaku beragama Islam..
Tapi adakah kita hamba yang sepatutnya..??
Fida pun banyak kekhilafan...
Fida bukan mengatakan bahawa fida baik tapi...
Kita patutnya menyedari hal ini..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment