Friday, April 10, 2020

Review: Freeman Mask Part 1


#iamanunofficialambassadorforfreeman

Assalamualaikum & hola!
I’m back setelah bertahun tak sentuh blog ni. Tetiba rasa nak aktif blog balik sebab ada bahan nak tulis & kongsi dengan orang lain.
The title speaks for itself. So yaa rasa motivated nak tulis review pasal benda yang fida cuba sendiri. Even benda tu dah lama kat pasaran tapi mostly ramai jugak tak tahu keberkesanannya.
First of all, my skin type is dry to combo and not sensitive in reacting to most of the products.

1.       Avocado & Oatmeal Clay Mask (Normal to combo skin)
This is the old packaging indicates that I bought it during World War 2 haha
This is my first purchase for Freeman range. So here it goes. It’s a clay mask hence it mostly effective in extracting excessive oil and clean pores. My personal opinion upon trying this is yaa the claim is true but because of my skin type, it does make my face felt dry after the application. But it’s good in a way that it wipes off the unwanted oil secreted.

Repurchase: Maybe not for me. But I think it’s good for those who has oily to combo skin.

2.       Cucumber Peel off Gel Mask (Normal to combo skin)


With my good impression on this brand, I continue my journey on this 2nd product. It’s a difference type of mask from the first one. It’s gel form and you’ll need about 20mins to peel off the mask once it dry. Here goes my experience, this one is so refreshing, and your face will be felt energized after the application. Oh what does it claims? The tea has been spilled based on my experience. On that note, I become a brand loyal consumer since my impression has been impressed by Freeman and they kept their promises as their product (so far) does what it claimed to be.

Repurchase: Yes but need to finish up all of my Freeman mask collection first haha

3.       Beauty infusion series: Brightening Overnight Mask (All skin type)

Okay this is the pricey one as I do not come from Chaebol family haha. Hmm yaa I bought this because I wanted to have an overnight mask since I thought it is a need to have it..?haha
Pardon my silly remarks haha. So? How was it? Hmm I do not have specific opinion on this product since I do not felt any significant changes and after-effect. But personally, I think because the main ingredient is Vitamin C which designed to lighten the skin tone, and I can say that it MAY not suit with sensitive skin since it is a bit sting to the skin or to be exact my skin but because I’m not sensitive one hence it does not leave any negative impact.

Repurchase: Hmm maybe no for me.

4.       Apple Cider Vinegar Clay Mask & Scrub (All skin types)

Honestly, I’m tempted on this because the main ingredients, apple cider & vinegar. Haha a noobie wanted to try out since I have heard these several times. Again, I do not think that clay mask is really for me because maybe it just I do not like the dryness that I felt after the application and actually it can be fix by applying toner (me think so) haha. But the silver lining is, this mask is also working as scrub hence I am applying this as one of my scrub and it does feel decent due to its texture which is a light scrub. What does it claim? Flawless complexion yaa. Yup yup yup. The claim can be seen yaa for me. So, another thumbs up for this holy grail product haha.

Repurchase: Maybe yes. 75% yes for me. I am just hesitating because I’ve got a lot of mask & scrub to be finished and there’s a lot in my wishlist haha

5.       Honeydew & Chamomile Overnight Cream Mask (Dry Skin) {finally I’ve bought the             product for my skin type haha)

Okayy. This product is no longer produced by Freeman. Don’t ask me why because I have nooooo idea or information regarding this haha. Yeahh I’m pretty upset because the smell is good and yeahhh it’s like a good product for dry skin. What does it claim? Absolutely the moisturization for our dryness society haha. Yeah I felt that after waking up but yaa it’s complicated since my skin is kinda a combo one but for sure it prevent my skin from the getting dry overnight.

I can notttt repurchase okeyh haha. Not like I don’t want huhu

OK byeee till part 2. See yaaa 💗💗💗

Wednesday, December 21, 2016

Shampoo: SLS & SLES

Assalamualaikum dear readers.

Hari ni aku nak berkongsi satu aspek dalam pemilihan shampoo bagi yang mempunyai masalah KELEMUMUR tahap dewa.

!!!!PERHATIAN KEPADA MANUSIA YANG MEMPUNYAI KELEMUMUR BANYAK!!!!!

1st thing first, korang kena check betul betul jenis shampoo yang korang pakai sekarang. Anti dandruff ke tak? kalau anti dandruff pun cuba cek ingredients shampoo tersebut.

mesti korang dapat spot on 'Sodium Lauryl Sulphate' a.k.a SLS ataupun 'Sodium Laureth Sulphate' a.k.a SLES. Dua agen ni commonly used in detergent and various cleaning agent. What? Aku basuh kepala guna detergent???!haha. Jangan panik. benda ni memang widely used on shampoo as the 2nd main ingredient selepas water. Aku ulang MAIN INGREDIENT! So apa function dia SLS dengan SLES ni? Fyi, bahan ni diketahui efektif in removing dirts & oil. So yaa ianya efektif untuk itu TAPI!!! korang yang ada masalah kelemumur ni sebenarnya kena elakkan bahan bahan ni sebab ia boleh buat kulit kepala kering and secara tak langsung mempercepatkan tempoh kulit kepala bersalin kulit.

Dengar macam ular pulak bersalin kulit kan? tapi itu faktanya. kulit kepala orang yang ada banyak kelemumur ni salah satu sebabnya adalah kulit kepala tu cepat bersalin kulit. Normally kulit kepala ni bersalin kulit 28 hari sekali.

Ok berbalik pada bab SLS dengan SLES ni. kenapa la company shampoo suka sangat guna bahan ni sebagai bahan utama pulak tu? simple je jawapannya. Sebab murah and boleh hasilkan banyak buih. so korang tak payah seronok sangat main buih tu. buih banyak tak bermakna shampoo kita tu high quality. Sememangnya susah nak elak dari 2 bahan ni kalau kau pi watsons tu cuba cari lah shampoo yang natural ingredients & SLS SLES free. Aku tak check lagi sebab tercampakkat pedalaman yang tak ada kedai kedai ni.haha

SLS & SLES ni adik beradik sebenarnya. Dengar nama pun lebih kurang kan?

Nak ikutkan SLES ni lagi bahaya sebab commonly contaminated dengan carcinorgen yang akan menjadi by product dia. Carcinogen tu kan boleh menyebabkan cancer. Tapi SLES ni kurang irritant compared to SLS. How irony kann. As a conclusion, elakkan lah 2 bahan ni. Dah banyak produk yang SLS SLES free ni. Cuma mahal lah. And susah sikit nak cari.

Sebenarnya aku pun baru belajar pasal ni sebab.........ok dirahsiakan. terus terang aku bukan lah ahli kimia ataupun ambik jurusan kimia. tapi kita ni sebenarnya kalau eager nak tau, kita kena ambik tau, tak rugi pun menambah ilmu walaupun sikit supaya orang tak boleh pekunun ( tu loghat kedah tapi bahasa senangnya adalah kelentong) kita.

Kalau nak tahu lebih lagi bukak link bawah ni.

http://www.healthychild.org/easy-steps/skip-products-made-with-sles-and-sls-too/

Oh yaa! Korang boleh cuba tips kurangkan kelemumur secara tradisional guna bahan semulajadi. Boleh check it out kat link bawah ni.

http://www.panduanmalaysia.com/2013/02/punca-dan-petua-berkesan-hilangkan.html

See yaa!

Tuesday, December 20, 2016

Me again.....after years

Assalamualaikum.
aku tak tau nak kata berhabuk tahap apa dah blog nih. tapi yaa aku pun sampai lupa how aku selalu bercerita.

kau imagine start aku masuk u ambik degree sampai dah grad, dah kerja baru aku sentuh balik blog ni. padahal ada kat bookmarks je. tiap hari nampak simbol blog aku ni. adoiii

sekarang ni aku buat apa? Yaa aku kerja tapi kerja ni dah 3 bulan. gaji asyik pending dengan pelbagai kesulitan. padahal kontrak aku habis bulan depan. so how? aku tak tau la nak buat apa dah. di kala orang duk seronok gaji masuk, aku ni murung je.haha

aku rasa sedih la gaji tak masuk masuk. tapi tak apa. aku anggap ni ujian aku. orang lain ujian lagi besar kan?
so let's keep the smile on behind my hidden wound. insyaAllah aku akan mula aktif balik blog selagi ada kudrat wifi.haha
banyak nak aku kongsikan yela dah bertahun weh aku tak membebel kat blog ni. so yaa aku akan kongsi pengalaman hidup aku mana yang rasa tak censored lahh.haha
aku pun perlu simpan sedikit cerita aku pada diri aku sorang je kan. takkan semua nak bagitau sini kannn...?cewah

so see yaa. 

Thursday, February 12, 2015

Surat vs Mesej

Assalamualaikum..
Haaa! Apa nak mengarut kali ni? Hmmm sahabat fida tanya.. Surat atau mesej. Mana lagi fida prefer?
So jawapan fida yang heartless ni.... Tak sangka fida orangnya konvensional dan agak sentimental.

I choose letter.
Because of?

Sebab yaa surat tu lagi bermakna. Tak ramai rajin tulis surat yang panjang lebar tuu. Ramai rajin taip mesej je kann. Maka, fida pandang effort orang yang tulis surat tu dan fida sangat hargai orang tu. Tak kata yang fida tak hargai orang yang tak bagi surat..haha

Ok tu sebab pertama. Sebab kedua fida lebih senang luahkan perasaan dan jujur dalam surat. Entah la fida sorang je atau ramai orang macam tu.. Dia macam lain tau feel tulis surat. You can be purely honest without any mask or being fake on paper. For me laa. Tak tahu orang lain. Lain orang lain kan perangai dan persepsi mereka.

Sebab ketiga obviously it’s a hard copy isn’t it? Boleh pegang, simpan buat kenangan. Ok mesej boleh simpan tapi larat ke nak scroll?hahaha

Next hmm.. Kan sakit mata tenung phone lappy lama lama untuk baca sesuatu yang panjang lebar. Kalau surat kan.. Macam boleh baca dengan tenang dan lebih menghayati.. Kannnn.haha

Last but not least kau boleh tulis panjang lebar dalam surat sebab other party tak tertunggu tunggu. Maksudnya kalau whatsapp kan ramai expect balas cepat semua kann. Surat ni you can take your time to write it. Macam suka hati la bila nak tulis pun..haha

Maka dengan itu, berakhir sudah 5 sebab kenapa fida pilih surat instead of mesej. Lagipun surat sweet laa. Isn’t it?haha


Cuma haha. Surat yang tak favourable pada fida sudah dilupuskan.haha

Sunday, January 25, 2015

Mohon berhenti. Sudah sudah la.

Assalamualaikum..
Ok ni cerita fresh dari oven ni..haha

Tadi fida pergi tengok wayang kat Wangsa Walk.

Haa nak tau cerita apa? Cerita ‘Suamiku Encik Perfect 10”..

So how was it?

Ok fida tak gemar cerita tu. Sebab cerita tipikal melayu yang jadi kegemaran pengarah di luar sana untuk ambik satu novel then adaptasi ke layar gergasi dan pelbagai layar lagi laa.
Cerita jenis kena rogol, mengandung anak luar nikah, berzina, orang gaji kahwin dengan majikan sendiri, kahwin paksa, cerita hantu, khurafat bagai.

Jadi... Ini ke gambaran melayu kita sekarang? Makin banyak filem, drama, telemovie and sama waktu dengannya sekarang ni mengutamakan cerita macam ni. Sebab apa laa? Sebab orang kita yang nak cerita macam ni? Maka kita kena buat benda benda macam ni untuk tarik penonton dan penuhkan poket orang industri bagai. Macam tu ke?

Hello? Kamu boleh je buat cerita lebih baik. Ahha sebab ni la kita ni yang melayu asyik ketinggalan? Bukan mintak filem berteknikal tinggi, robot bagai, teknologi berlambak semua. Cuma saya kempunan cerita yang bermotivasi, yang menjadi adab orang melayu yang kebanyakannya Islam.
Kamu buat cerita tu kenapa tak fikir batas ye? Tak suruh berpurdah bagai cuma mana boleh bukan muhrim tinggal sebilik. Allah! Dah jelas benda tu salah..
Apa romantiknya bila kita tak halal kemudian nak romantik bagai?

Makanya, orang industri seni di luar sana mahupun penulis novel bagai.. Mohon berhenti buat cerita macam ni.
Kalau pergi dekat kedai buku pun, cuba pergi kat rak novel melayu. Perghhh! 90% cerita cintaaaaaaaaa je.. berbulu mata ni tengok. Sebab tu la fida suka Ramlee Awang Murshid je.haha
Satu soalan cepumas. Tak letih ke buat cerita cintaaaaaaaaa je? Dah la semua tu tipikal macam fida tulis kat atas tu tadi. Bosan tahu tak??
Boleh dikatakan jalan cerita tu semua banyak wujud dalam angan angan dan nak suruh pembaca berangan. Tak salah berangan sebab tak kena bayar pun cuma hahaha.. perlu ke banyak sangat novel macam tu??? Tak membangun. Kita tak boleh hidup dengan cinta manusia je. Mohon bangun dari mimpi yang panjang semuanya.

Buatlah cerita macam mana nak menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Itu lebih baik. Mungkin kamu semua duk berfikir penerimaan orang kita terhadap cerita macam tu. Macam tak laku je cerita macam tu. Awak semua mampu mengubahnya. Kamu boleh mempengaruh orang kita. Sebab kamu semua suka sogokkan cerita melayu yang tak benar benar melambangkan melayu tu lah yang membentuk melayu kita sekarang.

Tak malu ke? Tak sedar lagi ke?
Kalau lah kamu semua nampak apa besarnya impak cerita macam tu..


Penat membebel maka.. Fida dah pun dapat apa yang fida mengidam. Burger Byte!!haha
Burger cheese beef.. sedappp!